Sunday, 24 February 2013

SAHABAT

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng orang-orang yang boleh kita berhubung , tapi apakah itu kawan? Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak-lepak? Rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil?. Tak ada prejudis, tak ada perbezaan , tak ada pertandingan , tak ada persaingan, sehingga satu hari nanti kita belajar membuka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman, dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita, hanya menunggu masa untuk menemukan kita, hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan. Kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mengembara bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi seperti sebutir habuk yang ditiup angin, kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. Satu hari nanti kita akan sedar melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita. Terikat, terkonkong, terkurung, kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama, yang ikut kita kemana saja kita pergi. Akhirnya ruang, membuatkan kita leka, lupa dan lalai, memaksa kita berfikir, membebankan kita, membebaskan kita melemas dan memakan kita semula. Kadang – kadang kita lupa, bercakap bukan sekadar bercakap, mendengar bukan sekadar mendengar , tapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian, mencari kesefahaman, kita sedang meluahkan perasaan, isi hati dan keinginan untuk difahami.

Setiap yang kita lakukan mesti kena dengan caranya, nak masak lauk kena pilih bahan, kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat, tak lebih dan tak kurang, jadikannya sesuatu yang boleh dinikmati. Seperti jugaklah bercinta lebih kurang sama aja, itu dan ini mesti ada, mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan barulah boleh suka sama suka dan dalam persahabatan diperlukan keserasian dan keikhlasan barulah boleh ngam. Dalam kenal mengenal diantara satu sama lain pula mesti ada kesabaran dan kesefahaman. Akhirnya, bila kita bertemu dan saling berkenalan, bila kita sudah sehaluan, hanya masa yang akan menentukan perjalanan persahabatan kita.

Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yang kita impikan hubungan yang kita jalinkan semakin rumit, badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat, hati yang kita harap semakin lembut menjadi keras, dan kesunyian membelenggu diri yang menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan.

Kita dilahirkan ‘saya’ ‘aku’ ,
Tapi kita menghabiskan masa mencari kawan, teman, geng, mencari rakan-rakan yang boleh kita berhubung, mencari sahabat-sahabat
Mencari kami, menjadi kami……

Thursday, 21 February 2013



The Brain vs The Heart






CITA DAN HARAPAN


Lihatlah
Diriku yang sedang dalam impian
Melayang di awang-awangan

Lihatlah
Insan berlari mengejar masa
Berlumba untuk mencapai cita

Semoga
Satu cita dan juga satu mimpi
Bersama menempuh hidup yang ingin dikecapi

KOSONG

Cakap dan cakap dan cakap. Cakap tak kena duit, semua orang boleh cakap. Itu ini boleh bohong, putar belit segala fakta, kencing sana kencing sini,aku hebat aku boleh buat itu ini, puiii. Semua tu percuma, cakap saja, hembus saja guna mulut, maki saja kalau tak puas hati.butuh pak hang!! Ala bukan kena bayar pon. Kalau lah dunia ni nak bercakap kena duit, aku rasa ramai manusia jadi bisu dalam dunia dak pon cakap benda yang penting saja. Tapi tu tak mungkin akan berlaku.

Lepak warung kopi, pekena kopi jantan secawan, ha pakat pakat lawan sembang. Sembang sampai lewat pagi sampai lupa tanggungjawab tinggal anak bini.layan saja, tak kira tua atau muda, masing masing hebat, sama hebat, sembang setinggi- tinggi menggunung, macam air terjun yang mangalir mencurah batu-batu yang membentuk aliran air sampai lupa dimana bumi dipijak, lupa akan kelebihan kebolehan diri sendiri. mereka ini hebat..

Mereka memang hebat, ya mereka hebat tapi hebat mereka hanya hebat di warung kopi, di kedai makan, mamak 24 jam. Di alam perkerjaan, dunia kehidupan mereka seorang loser. Hanya berani dalam kotak, bukan kata tak ada otak, Cuma mereka tak guna otak.

Suruh belajar hang main, suruh main  hang main-main, bagi kerja suruh buat hang tak reti buat. Bila sembang hang lah yang terhebat.

Cakap hebat buat kerja sumbat.puiii

Sunday, 17 February 2013

TERHARU

Kalau dulu aku cukup meluat tengok awek, pakwa, makcik, pakcik dekat laman sosial. Sesetengah sajalah, mana tak  meluatnya, setiap saat, setiap detik, setiap benda depa buat depa akan post dekat laman social baik facebook baik twitter dan sebagainya lah. Kadang-kadang dalam 1 hari penuh muka dia, nama dia saja dekat timeline. Naik jelik, jemu aku tengok. Macam mana aku tak meluat kalau hari hari macam tu, muka yang sama ja. Haeh!!

Tapi tu semua dulu, mungkin pemikiran aku negetif sikit masa tu. Biaq dekat depa la kan, depa bukan kacau orang pon tapi kacau jugak dua bijik mata aku ni sial.

Kadang-kadang benda yang kita meluat tu ada jugak kebaikan yang tersirat dalamnya. Satu dunia orang tengok dekat laman sosial. Bila orang tengok, orang akan menilai dan macam macam keadaan orang akan menilai sama ada baik atau buruk. contoh yang paling bodo la aku bagi, sorang makwa ni post ayat ayat jiwang dalam status dia. Keluaq habis segala ayat ombak rindu, lagenda budak setan apa semua lah, memang jiwang habis la awek ni. puii. Tiba tiba la kan, orang berita harian baca, menarik dengan ayat ayat jiwang awek ni dan nak amik awek ni jadi penulis untuk akhbar depa untuk slot cinta monyet. Ha Nampak dekat situ, benda diluar jangkaan boleh berlaku. Secara tak disengaja bakat awek tu dapat diketengahkan.

Dulu aku meluat, tapi sekarang aku dah ubah persepsi negetif tu. Begitu jugak lah yang berlaku dekat aku. Niat Hanya suka suka upload gambar dalam laman sosial tapi sapa sangka orang yang kerja di company luar Negara tengok hasil kerja aku dan berniat untuk tolong aku mencari pekerjaan kelak. Aku terkejut, terharu dan tak terkata. InsyAllah aku akan usaha untuk mendapatkannya. Doakan aku. Hehe.

#behenti menilai orang lain

UNTITLED

Click click google
Click click facebook
Click click twitter
Click click you tube
Click click blog

Layan…

Balas komen
Balas tweet

Layan…

Buka youtube layan lagu
Buka blog tengok manusia mencarut dalam lagu

Layan..

Sembang kosong
Otak kosong
Duit pon kosong

Jadi bodo hari-hari buat benda yang sama
Puiiii tuihhh

IMPIAN

Hang mampu patahkan kakiku
Hang mampu tutup kedua mataku
Tapi hang takkan dapat
Patahkan semangatku untuk hidup dan berjuang

Perempuan seksi di ibukota
Hanya pemuas nafsu dimata
Tapi aku akan tetap meronta
Mencapai matlamat ku disana

Merantau dengan rentak kehidupan
Dengan kudrat dan keupayaan
Ku memohon perlindunganMu Tuhan
Untuk ku bertahan

Aku dan kalian sama
Punyai keinginan dan cita-cita
Disini ku belajar suka dan duka

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua teman teman
Demi masa depan yang cemerlang hingga akhir zaman
Semoga ku diberi pedoman

Friday, 15 February 2013

MELAYU

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

??? 

MAKAN CEME

Makan
Makan
Lepas makan duduk terkankang
Isap rokok sebatang
Sembang lintang pukang
Selesa dan hidup tenang
Puas?

Hermm

Pergi pasar, beli ikan
Masak untuk semua orang makan
Segalanya dijamukan
Duit penah kau sediakan?

Bukan adik beradik bukan saudara mara
Hanya kawan teman untuk bersuara
Dilayan sempurna tanpa suara
Pernah kau fikir apa aku rasa?

Rezeki Tuhan dimana sahaja
Cuma malas dan rajin saja
Sama sama saling merasa
Bumi bulat, atas bawah kau akan rasa


# sedekah